Friday, January 5, 2018

Kaedah menjamin hasil sawit yang tinggi


OPIMIS (Oil Palm Industry Mechanisation Incentive Scheme)



Salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor perladangan sawit negara adalah dengan menawarkan insentif jentera perladangan sawit atau nama singkatannya OPIMIS. Objektif utama OPIMIS adalah untuk menggalakkan penggunaan jentera perladangan sawit, terutamanya aktiviti penuaian dan pengangkutan buah tandan segar. Walaubagaimanapun, mesin atau jentera untuk aktiviti lain seperti penjagaan tanaman dan penyelenggaraan ladang juga turut diberi perhatian.

OPIMIS dilaksanakan dengan mengurangkan harga jentera dan peralatan ladang yang baru sehingga 20% daripada harga jualan supaya pembeli dapat membeli jentera dan peralatan dengan harga yang lebih rendah. Implementasi insentif merupakan projek di bawah RMK11 yang mensasarkan belanjawan tahunan hampir RM1 juta selama lima tahun. Sasaran insentif adalah kepada ladang dan pekebun kecil yang berdaftar serta pengusaha yang menjalankan aktiviti perladangan sawit.

Peningkatan penggunaan jentera ladang sawit secara lebih meluas ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan industri perladangan sawit dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta syarikat perladangan sawit di seluruh negara. Berdasarkan kajian MPOB, penggunaan jentera secara optimum dan cekap dapat meningkatkan produktivit pekerja ladang. Oleh yang demikian, kebergantungan industri perladangan sawit negara kepada pekerja asing boleh dikurangkan .

Sumber: http://www.mpob.gov.my/en/news/16424-opimis-oil-palm-industry-mechanisation-incentive-scheme

Tuesday, January 2, 2018

Gandingan baja yg hebat utk hasil yg hebat


Gandingan baja SMPF dan Ezigrow

Baja SMPF utk menggalakkan pengeluaran hasil yg lebih banyak dan lebih baik.

Baja Ezigrow utk memastikan tanaman lebih subur dan lebih sihat.

Nota:
Pokok sawit, pokok getah dan pokok buah-buahan amat sesuai digunakan baja SMPF dan Ezigrow secara bersama.
Pokok bunga dan sayur-sayuran hanya sesuai menggunakan baja Ezigrow sahaja.

Sunday, September 17, 2017

10 jawapan persoalan tentang baja foliar

Pembajaan Melalui Daun (baja Foliar) dan 10 soalan-soalan tentang keraguannya.

Disini saya senaraikan jawapan mereka dengan 10  soalan yang biasa ditanya tentang Aplikasi pembajaan foliar.

1) Bolehkah pokok menyerap nutrient melalui daun  tanpa melalui sistem akar?

Jawapan kepada soalan penting ini telah dikaji dan ditemui pada tahun 1950s oleh H.B. Tukey & S.H. Wittwer dari Michigan State University, USA.  Mereka menyembur pokok dengan radioaktif potassium (K) dan phosphorus (P) dan dengan menggunakan sejenis alat Geiger, mereka mengira dan mengukur kadar serapan, nutrient pada pokok.  Mereka menemui nutrient bergerak dengan kadar 0.3 m/h (dalam masa satu jam)  ke semua bahagian pokok.

2) Adakah baja cecair foliar sebenar-benarnya  terus diserap oleh pokok melalui daun atau dari  tanah melalui semburan yang jatuh ke tanah atau melalui baja semburan yang terlekat pada daun yang kemudiannya masuk ke tanah  kerana  hujan?

Baja Urea telah digunakan dengan semburan  foliar pada daun sebagai percubaan ke atas tanaman pisang, Kopi dan juga apel.
Dan keputusannya lebih 65% Urea diserap dalam masa 25 minit, dengan majoritinya diserap pada daun yang lebih muda dan juga bahagian bawah daun. Jumlah masa serapan pada pisang ialah 30 jam, dan pada kopi dan tanaman koko ialah dalam  masa 24 jam, dan bahagian bawah daun muda pokok apel menyerap nutrient lebih baik dari daun tua pokok apel.  Ujian ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa nutrient diserap secara terus oleh daun. Cuma kaedah foliar  pada dasarnya, lebih popular digunakan sebagai baja tambahan top dressing dan sebagai salah satu kaedah alternatif.

3)Bagaimana aplikasi foliar menyerap nutrient?

Daun mengandungi lubang transcuticular ( lubang yang terletak diantara struktur sel) dan juga liang stomata, nutrient yang di sembur masuk melalui liang-liang tersebut. Lubang transcuticular ada di bahagian atas dan bawah daun, terbuka sentiasa, jadi nutrient akan  masuk melalui liang  ini. Liang Stomata lebih banyak wujud pada bahagian bawah daun, yang terbuka pada awal pagi atau lewat petang , yang mana jika kita sembur pada waktu ini adalah sangat berkesan  ia lebih efektif melalui daun berbanding akar. Rumput pastura dan juga pokok tebu, mempunyai stomata atas dan bawah daun, jadi tak perlu sembur satu bahagian bawah sahaja.

4) Adakah hanya di daun sahaja pokok menyerap nutrient?

Tidak, eksperiment yang pertama dilakukan oleh Tukey dan Wittwer, menunjukkan tunas, ranting, batang, bunga dan buah menujukkan penyerapan nutrient berlaku.Contohnya penyemburan boron pada jenis pokok daun luruh seperti Cheri dapat menghasilan pembentukan bunga yang bagus dan banyak ( dan kaedah ini penting dalam industri penanaman cheri).

5) adakah penggunaan agent perekat boleh meningkatkan lagi kecekapan pembajaan foliar?

Ya, idea yang bagus untuk meningkatkan lagi kecekapan pengambilan nutrient, dan ia memberi kentungan kepada kaedah foliar ini.

6) Adakah pembajaan foliar hanya sekadar baja tambahan atau sampingan, atau boleh mengantikan cara pembajaan secara tradisi melalui akar?

Pembajaan melalui foliar adalah sangat sempurna bagi merawat kesan kekurangan mikro element dari masalah tanah, contohnya pada kawasan tanah gambut, pemberian mikro nutrient terus pada daun adalah salah satu “short-cut” yang paling baik. Begitu juga pembajaan unsur utama seperti calcium disembur terus kepada buah, bila ia perlukan, walaupun dalam keadaan kadar serapan yang perlahan. Pembajaan boron secara foliar pada tomato sebelum berbunga, menghasilkan pertambahan hasil buah yang banyak, dan ini terhasil dari kualiti bunga yang terbentuk.

7) Apakah kelemahan aplikasi pembajaan foliar ini?

Aplikasi foliar ini tidak melibatkan masa dan peralatan seperti sistem fertigasi. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes yang menyebabkan pengurangan pengambilan mineral lain melaui tanah secara antagonis (antagonis ialah pengurangan ketersediaan unsur disebabkan tindakan nutrient lain).
Di atas kelemahan yang kecil ini, menjadikan  ianya satu faktor yang pembajaan melalui tanah atau fertigasi adalah lebih bagus walaupun banyak melibatkan kos sebelumnya.  Inilah masanya kita menggunakan kaedah aplikasi foliar, nilai penyerapan nutrient yang cekap melalui kaedah ini adalah berbaloi berbanding kos dan masa dari kaedah yang lama. Begitu juga masalah dengan nilai NPK dengan pekatan yang tinggi berpotensi menyebabkan kesan terbakar pada pokok disebabkan kandungan garam dan asid yang tinggi, masalah ini menyebabkan kaedah foliar ini memerlukan kekerapan semburan yang tinggi berbanding kaedah baja melalui akar dan tanah.

8) Bolehkah aplikasi foliar ini mengantikan  nutrient berbanding aplikasi pembajaan melalui tanah?

Kajian keatas beberapa pokok jenis citrus dari California mencadangkan bahawa kaedah foliar ini tidak mustahil.
Dari perspektif sains tanah, keseimbangan mineral di dalam tanah adalah kritikal, terutamannya nisbah kalsium dan magnesium, yang ditentukan dengan kandungan oksigen yang ada dalam tanah. Begitu juga masa “counterproductive ” peringkat – peringkat pusingan tumbesaran tanaman, contohnya mineral ferum tidak boleh diberi pada peringkat berbunga pada mana-mana tanam
Ada beperapa nutrient yang kurang tahap mobilinya, contoh yang menarik ialah unsur boron (B), Tahap mobilitinya adalah berbeza mengikut jenis pokok juga. Jika di dalam Sap pokok mengandungi gula seperti sorbitol dan mannitol, boron akan merekat dengan jenis gula tersebut dan bergerak secara bebas didalam pokok.
Pokok jenis citrus(limau) mengandungi jenis gula sukrosa yang tinggi, sukrosa ini tidak merekat dengan boron, dan factor ini menyebabkan boron tidak bebas bergerak di dalam pokok jenis citrus, dalam situasi sebegini kaedah aplikasi foliar adalah yang terbaik untuk membekalkan nutrisi jenis boron pada pokok.  Membekalkan pokok jenis citrus ( limau) dengan rumpai laut (Seaweed) juga adalah bagus kerana  seaweed kaya dengan sumber mannitol.  Asid Fulvic juga perlu di tambah dengan cara semburan secara  foliar , penggunaannya mampu meningkatkan pengambilan nutrient sehingga 30% dengan mengaktifkan  sel membran  menjadi cepat.

9) Adakah penggunaaan Aplikasi pembajaan foliar mempunyai kesan sampingan?

Apabila nutrient dibekalkan pada daun dengak aplikasi foliar,  menyebabkan  pokok memerlukan lebih gula dan nutrient –nutrient lain pada zon akar. Perkara ini menyebabkan aktiviti mikrobal pada zon akar meningkat.  Dimana pada masa yang sama  ia meningkatkan pengambilan nutrient oleh pokok  melalui tanah. Proses ini hampir dikenal pasti  boleh berlaku pada semua jenis pokok dan tanaman, dan inilah manfaat paling besar yang diperolehi dalam kajian mereka. Aplikasi  foliar ini juga boleh  meningkatkan ketumpatan chlorophyll dan juga  proses fotosintesis dengan membekalkan mikrob berfaedah dan dengan cara ini juga, pengambilan nutrient menjadi cekap.

10) Adakah Sistem hidroponik memerlukan keperluan khusus untuk pembajaan aplikasi foliar?

Di dalam sistem tanpa tanah seperti hidroponik interaksi nutrient hanya berlaku pada zon akar sahaja, menyebabkan sesetengah nutrient susah untuk pokok menyerap  mineral disebabkan oleh ikatan antagonism antara nutrient. Kekurangan ferum banyak berlaku pada tanaman, ini disebabkan oleh tekanan suhu rendah. Begitu juga dengan isu lebihan pemberian Nitrate dalam sistem hidroponik, biasanya hanya dua jenis jenis nitrogen digunakan dalam dua bahagian pekatan hidroponik, kesimpulanya kaedah foliar boleh menjadi kaedah tambahan sampingan dalam pembekalan nutrient ini .  Nitrogen dalam bentuk ammonia boleh diberi secara aplikasi foliar untuk membekalkan nutrient yang seimbang.
Dalam air hujan terdapat nutrient yang diperlukan oleh tanaman.  Di atas permukaan lautan dan pantai, terhasil begitu banyak buih –buih air yang berterbangan diudara, begitu juga di tepi pantai, hentaman –hentaman ombak pada batu-batu di pesisir pantai menghasilkan begitu banyak buih-buih air yang berterbangan di udara, partikal-partikal ini dinamakan “aerosols” , kemudian partikel ini bergabung dengan debu-debu yang berterbangan dari daratan, menjadi partikel nutrient yang kemudiannya naik dan berkumpul di atmosfera dan menjadi awan yang terkumpul kemudian menjadi hujan menimpa bumi, kemudian mencurah ke helaian daun tanaman. Boleh dikatakan setiap luas permukaan daun terkena air hujan yang mencurah ini, kemudian pula mengalir kesetiap ranting – ranting yang bercabangan dan kemudiannya turun ke batang.  Jika pokoknya sawit, disimpannya nutrient bersama  air hujan pada sisa –sisa pelepah yang masih terlekat pada batang menjadi simpanan makanan yang diperlukan. Lihat sahaja struktuk daun-daun yang diciptakan, cukup bersedia menerima dan memerangkap air.  Lihat padi, ada struktur bulu-bulu berupa seperti bulu roma kita pada daunnya, menegak dan condong ke sisi, bersedia menerima hujan dan memerangkap sedikit air  pada roma-romanya.
Walaubagaimanapun, pencemaran udara yang telah kita buat, menyebabkan air hujan kini sedikit berasid, namun fenomena air hujan ini, menjadi satu bukti  jelas bahawa  pembajaan  melalui daun adalah kaedah sebenar yang diperlukan tanaman, tinggal sahaja cara melasaksanakannya, mungkin peralatan, kaedah, atau formulasi baja yang diolah masih tidak bersesuain lagi. Pembajaan melalui Daun (foliar), dengan cara semburan pada daun adalah teknik baru berbanding dengan teknik pembajaan melalui tanah, yang mempunyai sejarah yang cukup panjang.
Kaedah ini menjadi satu kaedah yang luarbiasa dan banyak salah faham timbul, kerana dikatakan seolah-olah kaedah yang menyalahi hukum alam dan dianggap satu kepercayaan karut. Sekumpulan saintis di NTS  telah melakukan beberapa kajian ke atas aplikasi pembajaan foliar dan beberapa penemuan yang menakjubkan ditemui mereka.

Sumber:

Tuesday, June 13, 2017

CARA MENINGKATKAN KECEKAPAN / KEBERKESANAN MEMBAJA

Berikut disenaraikan beberapa cara untuk pastikan baja yang ditabur memberi kesan yang paling berkesan pada pokok sawit dan tidak membazir.
#1. Pasti penanaman pokok kekacang menutupi tanah semasa peringkat pokok muda.
#2. Letakkan tandan kosong sebagai sungkupan pada pangkal pokok.
#3. Bebaskan ladang dari rumpai parasit dan pokok renek. Tapi kekalkan rumpai lembut spt paku pakis utk kekalkan kelembapan tanah.
#4. Adakan sistem perparitan yg baik.
#5. Buat teres bagi kawasan berbukit.
#6. Utk tanah berpasir tambah kekerapan membaja.
#7. Elakkan membaja melebihi kadar yg diperlukan oleh pokok.
#8. Elak membaja dalam musim hujan atau terlalu panas.

Sekian.

Wednesday, May 31, 2017

KENAPA DAUN SAWIT JADI KUNING & APA KESAN PADA HASIL


Punca:
kekurangan unsur nitrogen

Kesan:
1. Pokok lambat membentuk pucuk dan pelepah baru.
2. Pembesaran pokok terbantut.
3. Pengeluaran buah terganggu.
4. Batang pokok menjadi kecil. Sekiranya batang pokok kecil, penghantaran nutrien baja dan air dari akar ke pucuk akan mengalami gangguan.
5. Untuk jangka masa panjang, pengeluaran hasil akan menjadi rendah.

Tuesday, May 16, 2017

SETEM 100 TAHUN INDUSTRI SAWIT


Maknanya kawan2 yg usahakan ladang sawit ni mewarisi industri yang dah 100 tahun.
Usia 100 tahun sudah cukup matang utk kita sama2 maju dalam industri ni.

Thursday, January 14, 2016

KLASIFIKASI TANDAN SAWIT

Klasifikasi Tandan:
  1. Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

Tandan Masak
  1. Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.


Tandan Mengkal
  1. Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini tidak mempunyai soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada) pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa.


Tandan Muda
  1. Tandan Terlalu Masak ialah tandan segar yang mempunyai buah berwarna merah tua dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah telah relai daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) buah segar masih melekat pada tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.


Tandan Terlalu Masak
  1. Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari tandannya semasa pemeriksaan di kilang.


Tandan Kosong
  1. Tandan Busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat.


Tandan Busuk
  1. Tandan Tangkai Panjang ialah tandan segar yang mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari paras terbawah tangkai tandan.


Tandan Tangkai Panjang
  1. Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam sebelum dihantar ke kilang dan semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu. Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan berwarna kehitaman.


Tandan Tidak Segar
  1. Tandan Lama ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke kilang. Buah yang masih melekat pada tandan ini telah kecut dan berwarna perang kehitaman. Tangkainya juga telah kecut, lembut, berserabut dan warna kehitaman.


Tandan Lama
  1. Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya berlumpur, berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau jirim-jirim asing yang lain


Tandan Kotor
  1. Tandan Kecil  ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg (5 lb).

Tandan Kecil
  1. Tandan Rosak ialah tandan yang lebih daripada 30 % bahagian buahnya telah rosak diserang oleh binatang-binatang perosak terutamanya tikus.

Tandan Rosak 
  1. Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan yang mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah ‘parthenocarpic’

Tandan Berpenyakit
  1. Tandan Dura ialah tandan segar yang buahnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
    -  Tebal tempurung                       -    2-8 mm
    -  Nisbah tempurung dengan buah -    25-50 %
    -  Nisbah mesokarpa dengan buah   -    20-60 %
    -  Nisbah isirong dengan buah          -    4-20 %
    -  Tiada gelung serabut di sekeliling biji




Tandan Dura
  1. Buah Relai  ialah buah yang berwarna oren kemerahan yang gugur daripada tandan segar kerana masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.


Buah Relai 
  1. Tandan Basah adalah merujuk kepada konsignasi buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air yang berlebihan.


Tuesday, October 20, 2015

LAGI TESTIMONI PENGGUNA BAJA SMPF PASAL BUAH JADI LEBIH BERAT

Terbukti guna baja smpf ni bukan saja boleh beratkan tandan malah menjimatkan....

Tuesday, September 22, 2015

36 tandan = 1 tan

Feedback drp pengguna baja SMPF. Berat tandan dah bertambah jadi 36 tandan 1 tan


Monday, August 17, 2015

PPM gagalkan cubaan seludup masuk 15 tan sawit ke Tawau

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 15 tan buah kelapa sawit bernilai RM6,000 menggunakan bot ke daerah ini, semalam. 

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun, berkata berkata buah kelapa sawit itu dirampas dari sebuah bot jongkong yang datang dari negara jiran di perairan Sungai Melayu, dekat sini kira-kira jam 6 pagi, semalam. "Anggota PPM yang menjalankan operasi di sekitar perairan itu melihat bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati bot berkenaan dimuatkan dengan buah kelapa sawit kira-kira 15 tan," katanya menerusi kenyataan. 

Beliau berkata, juragan bot berusia 30 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membolehkan buah kelapa sawit itu dibawa masuk ke negara ini. Mohamad berkata, siasatan awal mendapati buah kelapa sawit itu dipercayai dibawa dari Indonesia untuk dipasarkan di daerah ini. - BERNAMA - BERITA HARIAN

FGV tidak naikkan gaji pekerja ladang

Felda Global Ventures Bhd (FGV) hari ini menjelaskan bahawa ia tidak menaikkan gaji pekerja ladangnya.
 
Dalam kenyataan hari ini, syarikat mengulangi bahawa dasar buruhnya berpandukan kepada Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (Mapa), yang menyediakan standard industri mengenai gaji minimum, dan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia.
 
"Kami tidak menaikkan gaji pekerja ladang kami, termasuk pekerja kilang  minyak sawit, dan pekerja am yang lain, sebanyak 8-10 peratus berkuat kuasa 1  April, 2015, seperti dicadangkan dalam laporan.
 
"Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan  sebagai entiti senaraian awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah kami," menurut FGV.
 
FGV berkata demikian susulan laporan media baru-baru ini, bertajuk, Maybank IB Kekalkan Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Perladangan pada 12 Ogos, 2015. 
 
Laporan itu menyatakan: 'Peneraju perladangan yang besar termasuk Felda Global Ventures Holdings Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd, antara lain, bersetuju untuk menaikkan gaji pekerja ladang mereka (termasuk pekerja kilang minyak sawit dan pekerja am yang lain) sebanyak 8-10 peratus mulai 1 April, 2015.  - Bernama - Sinar Harian

Sunday, August 16, 2015

Tangani serius kejatuhan harga komoditi

RM130 bilion barangan komoditi dieksport


Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ledang hari ini menggesa kerajaan menangani secara serius kejatuhan harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit.
    
Ketuanya, Sahrihan Jani berkata keadaan itu menjejaskan kehidupan rakyat khususnya masyarakat luar bandar yang dihimpit dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.
    
"Harga jualan yang rendah, kenaikan kos racun dan baja ditambah pula dengan musim hujan yang mula melanda negara, dikhuatiri akan lebih menjejaskan pendapatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    
Sahrihan yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Johor berkata sewajarnya kerajaan sudah mempunyai pelan jangka pendek bagi mengatasi masalah ini bagi menstabilkan harga komoditi.
    
Beliau berkata selain itu, kerajaan juga perlu memberi bantuan segera supaya rakyat khususnya masyarakat luar bandar yang merupakan penyokong tegar BN mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan. - Bernama - Sinar Harian

Saturday, August 8, 2015

5 biji pau dan 1 handphone

Hari ni aku mula perjalanan ke JB utk minggu kedua bertugas di sini. Selepas 3 jam driving aku singgah utk solat dan minum di RnR Machap. Masa tengah minum ada satu famili dgn 3 org anak duduk di meja depan aku. Tingkah laku sang suami amat menarik perhatian aku.

Aku tengok je gelagat sang suami. Bila anak isteri dia duduk di kerusi, sang suami khusyuk menatap handphone tanpa pandang anak isteri dia keluarkan duit rm10 dari dalam poket baju dan hulur kpd isterinya tanpa pandang isteri tapi masih khusyuk pandang handphone. 

Sang isteri ambil duit dari sang suami terus tarik 3 org anak yg masih kecil pegi beli makanan. Aku tengok kelam kabut sang isteri mana nak pesan pau mana nak kawal anak. Sang suami masih khusyuk tatap handphone tanpa hiraukan isteri dan anak-anak dia.

Bila dah dapat order pau sang isteri tarik pulak 3 orang anak bawa sepinggan pau ke meja di mana sang suami menunggu dgn khusyuk tatap handphone. Bila sampai pau depan mata, sang suami tanpa memandang 3 orang anak, isteri dia dan juga tanpa memandang pingan yg ada pau tapi dgn mata yg masih menatap handphone meraba-raba ambil pau dari dalam pinggan utk makan. Memang hebat sang suami ni dia boleh buat semua benda tanpa memandang tetapi hanya menatap handphone je.

Pada aku sang suami ni bukan menguasai teknologi tapi teknologi yang menguasai dia.

Wednesday, August 5, 2015

APA YANG AKAN BERLAKU PADA BADAN ANDA SELEPAS 1 JAM MINUM 1 TIN COCA COLA

coca cola


Anda sering diberitahu tentang keburukan dan bahaya meminum air gas seperti Coca Cola tapi pernahkah anda terfikir apakah yang sebenarnya berlaku?
The Renegade Pharmacist, sebuah blog yang ditulis oleh bekas ahli farmasi UK, Niraj Naik telah memuat naik satu infografik yang memaparkan apakah yang sebenarnya berlaku kepada badan anda selepas sejam meminum Coca Cola. Infografik ini dipecahkan dari mini pertama sehingga minit ke-60. Hasilnya menakutkan. Cuba lihat.
10 minit pertama: 10 sudu gula memasuki sistem badan anda yang bersamaan dengan 100% pengambilan sehari. Anda tidak rasa untuk muntah kerana kemanisan yang terlampau disebabkan phosphoric acid menghalang rasa tersebut.
20 minit: Blood sugar anda meningkat mendadak menyebabkan insulin dikeluarkan. Hati anda memberi respon dengan menukar gula yang tidak dapat dikawalnya kepada lemak.
40 minit: Penyerapan kafein lengkap pada saat ini. Tekanan darah anda meningkat, sebagai respon kepada hati yang mengepam lebih banyak gula kepada saluran darah. Adenosine receptors pada otak anda dihalang untuk mengelak rasa mengantuk.
45 minit: Badan anda akan menghasilkan lebih banyak dopamine untuk meredakan tekanan kepada otak anda. Ini bersamaan dengan pengambilan heroin.
60 minit: Phosphoric Acids mengumpul calcium, magnesium dan zinc di bahagian bawah usus anda, untuk meningkatkan metabolism. Ini hasil daripada kandungan gula yang tinggi dan pemanis tiruan.
Selepas 60 minit: Anda akan berasa untuk terkencing kerana badan anda akan membuang bonded calcium, magnesium dan zinc yang diperlukan oleh tulang anda.
Selepas 60 minit lagi: Selepas apa yang berlaku dalam badan anda berkurangan, anda akan mula merasa sugar crush. Anda akan merasa marah atau berasa lembap. Anda akan kerap membuang air kecil untuk membuang air daripada Coke. Badan anda tidak akan sempat menyerap apa apa nutrien malah sistem hidrasi anda akan terganggu, dan sistem badan anda tidak dapat membina tulang dan gigi yang kuat.
Infografik ini sangat bagus dan pada masa yang sama membuatkan kami berasa takut lagi untuk mengambil apa apa minuman bergas. Jumlah gula yang terkandung sangat tinggi!
Sumber: Thevocket

Wednesday, July 29, 2015

9 JENIS PERNIAGAAN YANG MENINGKAT NAIK MASA KEGAWATAN EKONOMI

Mengikut pakar ekonomi, mulai tahun 2015 ekonomi dijangka akan mula gawat. Ini mendatangkan keresahan dan banyak bisnes sudah membuat persediaan seperti mengurangkan bajet latihan, perjalanan dan corporate gifts, menangguhkan pembelian besar, mengurangkan pengambilan pekerja baru dan menawarkan skim pemberhentian kerja kepada sesetengah pekerjanya. Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor-faktor di luar kawalan kita sebagai rakyat biasa seperti penurunan harga minyak, kejatuhan nilai mata wang ringgit dan hutang negara yang berterusan. Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk menyiapkan diri dan keluarga menghadapi situasi ini?
Kami menjangkakan akan ramai mula membuat pendapatan sampingan disebabkan kekangan kewangan.


1. Baik pulih (repairing)
Ketika kegawatan, ramai orang akan mengurangkan pembelian untuk menjimatkan duit. Disebabkan perkara ini, ramai akan mula menghantar barangan mereka untuk diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Tukang kasut akan menerima lebih banyak kasut-kasut mahal untuk diperbaiki, kerana orang-orang kaya tidak membeli kasut baru. Mekanik juga akan menerima lebih banyak permintaan untuk baik pulih kenderaan.

2. Bahan makanan keperluan
Bisnes makanan keperluan adalah bisnes kalis gawat. Ketika kegawatan ekonomi, semakin ramai akan mula masak di rumah, maka permintaan bahan mentah akan meningkat. Permintaan telur akan meningkat sebagai makanan ganti kepada ikan, ayam dan daging yang lebih mahal. Semakin ramai ibu-ibu akan membelifrench fries sejuk beku untuk memenuhi permintaan anak-anak yang sudah terbiasa dengan makanan segera. Oleh kerana ramai ibu-ibu akan masak di rumah, website resipi juga akan menerima lebih ramai pengunjung.

3. Keagamaan
Semasa musim gawat, manusia akan mencari ketenangan melalui agama. Kelas-kelas, ceramah dan buku-buku agama dijangka menerima sambutan hangat ketika kegawatan.

4. Aktiviti DIY
Lebih ramai akan menanam bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran sendiri. Permintaan untuk barangan bercucuk tanam seperti pasu, tanah, benih pokok, dan baja akan naik. Lebih ramai akan mula menjahit pakaian sendiri, permintaan barangan menjahit seperti kain, benang dan mesin jahit juga akan naik. Aktiviti memasak di rumah juga akan naik, memberi kesan kepada permintaan ketuhar, alatan membuat kek dan biskut, dan periuk. Jualan alat  untuk kerja pembaikan sendiri di rumah seperti paku dan skru-drebar juga akan naik.

5. Percutian tempatan
Aktiviti percutian luar negara akan mengalami penurunan, dan percutian tempatan akan meningkat. Permintaan penginapan bajet seperti guest house,homestay dan hotel 3 tingkat akan meningkat.

6. Reposession
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan reposession (tarik balik) kepada bank dan syarikat pemberi hutang/kredit yang lain juga akan mengalami peningkatan. Ini termasuklah tarik semula perabot, kereta dan hartanah. Pelelong kereta dan hartanah juga akan mempunyai lebih banyak produk untuk ditawarkan.

7. Kedai barangan terpakai

Permintaan untuk barangan terpakai akan lebih tinggi berbanding untuk barangan baru. Perabot terpakai, pakaian bundle, barangan anak kecil terpakai akan mengalami peningkatan permintaan. Barangan terpakai yang dijual melalui medium online seperti mudah.my atau group Facebook juga akan meningkat.

8. Hiburan murah
Walaupun ketika kegawatan ekonomi, jumlah penonton filem di pawagam meningkat. Ini disebabkan ia dikira sebagai hiburan yang boleh didapati dengan harga yang murah. Situasi yang sama juga dapat dilihat di India.

9. Bisnes berasaskan matawang USD
Disebabkan nilai mata wang Ringgit yang merosot, kita akan menerima lebih RM apabila mendapat USD1. Barangan dalam negara tidak banyak berbeza dalam sebulan dua, begitu juga harga hartanah, menjadikan fenomena ini sesuatu yang dipanggil ‘blessing in disguise’ atau kebaikan dalam keburukan. Anda boleh bermula dengan modal minima melalui pemasaran affiliate, pengiklanan atau menulis dan menjualnya semula di Clickbank.

Monday, July 27, 2015

ADA KE CARA YANG MURAH, MUDAH & BERKESAN ATASI SERANGAN ANAI-ANAI KAT RUMAH?

Serangan anai-anai adalah satu masalah besar yang selalu dihadapi. Walau bagaimanapun kos untuk musnahkan anai-anai gunakan syarikat pest control memang mahal...

Saya ada penyelesaian yang mudah, murah & berkesan atasi masalah anai-anai.
Gunakan
TERMITES DIY COLONY ELIMINATION BOX

 HANYA RM80
anda bayar harga barang saja...kos pos saya tanggung 100%

CARA PENGGUNAAN YANG MUDAH



UNTUK ORDER
CALL/SMS/WHATSAPP
0197248979

Thursday, July 23, 2015

BETUL KE ADA ALAT YANG BOLEH JIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK

Dalam pasaran banyak alat-alat yang didakwa boleh jimatkan penggunaan elektrik. Tapi setakat mana keberkesanannya kita tak pasti.

Jom kita tengok uji kaji yang dibuat terhadap alat-alat penjimat elektrik yang ada kat pasaran...kajian ni di buat di Thailand

Keputusannya ..... kita semua ditipu. Sebenarnya alat-alat tu semua tidak menjimatkan elektrik kita pun. Malah ada yang meningkatkan lagi penggunaan elektrik...

Setakat hari ni untuk menjimatkan elektrik kita kena guna teknologi inverter atau tukar mentol LED..ini sahaja yang telah terbukti dapat mengurangkan penggunaan elektrik yang telah terbukti berkesan..bukan alat-alat yang dilekatkan disoket aje.

Wednesday, July 22, 2015

Al-Quran tertua ditemui di Universiti Birmingham



Senaskhah al-Quran dipercayai antara tertua di dunia ditemui di Universiti Birmingham, Bri­tain baru-baru ini.
Berdasarkan ujian radiokarbon, kitab suci itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun sekali gus menjadikannya antara naskhah al-Quran paling awal yang pernah wujud.
Kitab suci itu tersimpan tanpa dikaji di universiti berkenaan hampir selama satu abad.
“Penemuan menarik ini akan menggembirakan umat Islam,” kata pakar Perpustakaan Britain berkaitan manuskrip lama, Dr. Muhammad Isa Waley.
Al-Quran tersebut katanya, disimpan bersama koleksi buku dan dokumen dari Asia Barat tanpa dinyatakan bahawa ia merupakan antara al-Quran tertua di dunia.
Apabila seorang penyelidik peringkat doktor falsafah, Alba Fedeli melihat secara dekat helaian al-Quran tersebut, dia membuat keputusan untuk menjalankan ujian pentarikhan radiokarbon dan keputusannya adalah mengejutkan.
Ujian yang dijalankan oleh Unit Pemecut Radiokarbon Universiti Oxford mendapati naskhah yang ditulis sama ada pada kulit kambing atau biri-biri itu adalah antara al-Quran tertua.
Ujian tersebut mendapati al-Quran itu ditulis antara tahun 568 dan 645 Masihi.
Penulisnya juga dipercayai mengenali Nabi Muhammad dan mendengar baginda berdakwah

Sumber: Kosmo online

Friday, July 10, 2015

BENARKAH ALAT PENJIMAT PETROL BENAR-BENAR BOLEH MENJIMATKAN PETROL?

Dalam pasaran sekarang ni ada macam-macam alat yang didakwa boleh menjimatkan petrol. Mungkin dalam negara kita tak ada sesapa yang membuat ujian terhadap alat-alat tersebut.

Di negera barat mereka dah buat ujian terhadap setiap alat penjimat petrol yang ada di pasaran. Mari kita tengok video ni...baru tau sama ada alat-alat yang ada di pasaran sekarang ni benar-benar berkesan atau tidak

Tujuan video ini dipublish bukan untuk mengacau business mana-mana pihak tetapi sekadar memberi pencerahan kepada kawan-kawan yang bercadang nak guna alat ni...





Thursday, July 9, 2015

AIR KANGEN : BETUL KE SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN

PENILAIAN, PENELITIAN DAN PANDANGAN SEORANG PAKAR KESIHATAN MENGENAI AIR KANGEN YANG HANGAT DIPERKATAKAN SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN.



Points to ponder .....
Kalaulah penjual Kangen bercakap dgn jujur dan ikhlas semasa membuat promosi spt ini
 
1. Mesin kami tak ada apa2 nilai perubatan, hanya hasilkan air alkali sahaja
2. Kealkalian air Kangen pun akan dineutralkan oleh asid perut
3. Minum air alkali tidak memberi kesan dalam mengekalkan kealkalian pH darah
4. Tiada bukti saintifik mengenai micro-cluster dan hexagonal water
5. Banyak testimoni tak boleh percaya, ada ke patut nak kesan blocked artery guna X-ray
6. Pasal hospital Jepun yg guna Kangen pun kami tak ada bukti sahih, kami cuma ambil dari Kangen website
7. Website Enagic sendiri dah buat disclaimer bahawa nothing therapeutic about Kangen water
8. Mesin kami mahal sebab dipasarkan dan diedarkan secara MLM.
9. Kami guna ayat-ayat Quran dan Hadith2 supaya produk kami nampak Islamik dan patuh Syariah.
10. Kami guna hujah agama bila kami tidak mampu berhujah secara saintifik.

Persoalan, jika penjual Kangen dgn jujur dan ikhlas menyatakan semua point di atas, adakah mesin Kangen laku dijual?

Wednesday, July 8, 2015


Tengah tengok mechanic repair motor....terpandang topik "kenaikan tol beri peluang pemegang konsesi serap kos pembiayaan" dlm the malaysia insider.
Logiknya pada aku yg bukan pakar ekonomi, patutnya bayaran tol perlu dikurangkan setiap tahun. Sebabnya jumlah kenderaan kat jalanraya bertambah berganda2 setiap tahun. Maknanya kutipan tol juga berganda setiap tahun.
Kalau masa buat highway dulu tahun 1980, katakan ada 2 juga kenderaan yang guna highway tu...sekarang 2015 dah brp juga pertambahan kenderaan.

Tuesday, June 23, 2015

BERITA SEDIH MENGENAI FGV



Semalam dalam paper The Star melaporkan pihak pengurusan FGV telah approach syarikat daripada Indonesia (Rajawali Group) untuk menawarkan penjualan FGV kepada syarikat dari Indonesia tu.

Syarikat itu memberi respon bahawa mereka amat berminat dgn FGV kerana 3 sebab, ie:
#1. Mereka akan mendapat satu bentuk koperasi yg terbesar dlm dunia yang diiktiraf berjaya membangunkan masyarakat luar bandar.
#2. Pemilikan ladang yang terbesar. Meliputi ladang-ladang yang terdapat di Indonesia.
#3. Harga yang ditawarkan dianggap berpatutan.

Dilaporkan juga pihak FGV telah meminta deposit daripada mereka sebanyak USD$174.5 juta. Secara dasarnya mereka setuju. Walau bagaimanapun tidak dilaporkan sama ada bayaran deposit itu dah dibayar atau belum.

Dalam hal ni, beberapa perkara menjadi persoalan, ie:

#1. Nasib peneroka selepas pembelian ini berlaku?

#2. Bagaimana pihak Felda nak menjamin hak dan kepentingan peneroka.

#3. Mengapa mesti ditawarkan kepada orang luar. Sedangkan masih ada org dalam Malaysia yg difikirkan mampu. e.g. Syed Mokhtar Al Bukhari etc.

#4. Kenapa begitu mudah nak melepaskan pegangan milikan kita selepas sudah berpuluh tahun dibangunkan.

#5. Kenapa semua strategic company Malaysia hadapi perkara yg sama eg. MAS & FGV (FELDA)

Bila baca pasal ni...tak tau nak cakap apa dah. Mcm2 perasaan ada, marah, kecewa etc.

Berita penuh boleh baca dlm The Star.