Mengikut pakar ekonomi, mulai tahun 2015 ekonomi dijangka akan mula gawat. Ini mendatangkan keresahan dan banyak bisnes sudah membuat persediaan seperti mengurangkan bajet latihan, perjalanan dan corporate gifts, menangguhkan pembelian besar, mengurangkan pengambilan pekerja baru dan menawarkan skim pemberhentian kerja kepada sesetengah pekerjanya. Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor-faktor di luar kawalan kita sebagai rakyat biasa seperti penurunan harga minyak, kejatuhan nilai mata wang ringgit dan hutang negara yang berterusan. Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk menyiapkan diri dan keluarga menghadapi situasi ini?
Kami menjangkakan akan ramai mula membuat pendapatan sampingan disebabkan kekangan kewangan.
1. Baik pulih (repairing)
Ketika kegawatan, ramai orang akan mengurangkan pembelian untuk menjimatkan duit. Disebabkan perkara ini, ramai akan mula menghantar barangan mereka untuk diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Tukang kasut akan menerima lebih banyak kasut-kasut mahal untuk diperbaiki, kerana orang-orang kaya tidak membeli kasut baru. Mekanik juga akan menerima lebih banyak permintaan untuk baik pulih kenderaan.
2. Bahan makanan keperluan
Bisnes makanan keperluan adalah bisnes kalis gawat. Ketika kegawatan ekonomi, semakin ramai akan mula masak di rumah, maka permintaan bahan mentah akan meningkat. Permintaan telur akan meningkat sebagai makanan ganti kepada ikan, ayam dan daging yang lebih mahal. Semakin ramai ibu-ibu akan membelifrench fries sejuk beku untuk memenuhi permintaan anak-anak yang sudah terbiasa dengan makanan segera. Oleh kerana ramai ibu-ibu akan masak di rumah, website resipi juga akan menerima lebih ramai pengunjung.
3. Keagamaan
Semasa musim gawat, manusia akan mencari ketenangan melalui agama. Kelas-kelas, ceramah dan buku-buku agama dijangka menerima sambutan hangat ketika kegawatan.
4. Aktiviti DIY
Lebih ramai akan menanam bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran sendiri. Permintaan untuk barangan bercucuk tanam seperti pasu, tanah, benih pokok, dan baja akan naik. Lebih ramai akan mula menjahit pakaian sendiri, permintaan barangan menjahit seperti kain, benang dan mesin jahit juga akan naik. Aktiviti memasak di rumah juga akan naik, memberi kesan kepada permintaan ketuhar, alatan membuat kek dan biskut, dan periuk. Jualan alat untuk kerja pembaikan sendiri di rumah seperti paku dan skru-drebar juga akan naik.
5. Percutian tempatan
Aktiviti percutian luar negara akan mengalami penurunan, dan percutian tempatan akan meningkat. Permintaan penginapan bajet seperti guest house,homestay dan hotel 3 tingkat akan meningkat.
6. Reposession
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan reposession (tarik balik) kepada bank dan syarikat pemberi hutang/kredit yang lain juga akan mengalami peningkatan. Ini termasuklah tarik semula perabot, kereta dan hartanah. Pelelong kereta dan hartanah juga akan mempunyai lebih banyak produk untuk ditawarkan.
7. Kedai barangan terpakai
Permintaan untuk barangan terpakai akan lebih tinggi berbanding untuk barangan baru. Perabot terpakai, pakaian bundle, barangan anak kecil terpakai akan mengalami peningkatan permintaan. Barangan terpakai yang dijual melalui medium online seperti mudah.my atau group Facebook juga akan meningkat.
8. Hiburan murah
Walaupun ketika kegawatan ekonomi, jumlah penonton filem di pawagam meningkat. Ini disebabkan ia dikira sebagai hiburan yang boleh didapati dengan harga yang murah. Situasi yang sama juga dapat dilihat di India.
9. Bisnes berasaskan matawang USD
Disebabkan nilai mata wang Ringgit yang merosot, kita akan menerima lebih RM apabila mendapat USD1. Barangan dalam negara tidak banyak berbeza dalam sebulan dua, begitu juga harga hartanah, menjadikan fenomena ini sesuatu yang dipanggil ‘blessing in disguise’ atau kebaikan dalam keburukan. Anda boleh bermula dengan modal minima melalui pemasaran affiliate, pengiklanan atau menulis dan menjualnya semula di Clickbank.
No comments:
Post a Comment