Friday, January 5, 2018

OPIMIS (Oil Palm Industry Mechanisation Incentive Scheme)



Salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor perladangan sawit negara adalah dengan menawarkan insentif jentera perladangan sawit atau nama singkatannya OPIMIS. Objektif utama OPIMIS adalah untuk menggalakkan penggunaan jentera perladangan sawit, terutamanya aktiviti penuaian dan pengangkutan buah tandan segar. Walaubagaimanapun, mesin atau jentera untuk aktiviti lain seperti penjagaan tanaman dan penyelenggaraan ladang juga turut diberi perhatian.

OPIMIS dilaksanakan dengan mengurangkan harga jentera dan peralatan ladang yang baru sehingga 20% daripada harga jualan supaya pembeli dapat membeli jentera dan peralatan dengan harga yang lebih rendah. Implementasi insentif merupakan projek di bawah RMK11 yang mensasarkan belanjawan tahunan hampir RM1 juta selama lima tahun. Sasaran insentif adalah kepada ladang dan pekebun kecil yang berdaftar serta pengusaha yang menjalankan aktiviti perladangan sawit.

Peningkatan penggunaan jentera ladang sawit secara lebih meluas ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan industri perladangan sawit dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta syarikat perladangan sawit di seluruh negara. Berdasarkan kajian MPOB, penggunaan jentera secara optimum dan cekap dapat meningkatkan produktivit pekerja ladang. Oleh yang demikian, kebergantungan industri perladangan sawit negara kepada pekerja asing boleh dikurangkan .

Sumber: http://www.mpob.gov.my/en/news/16424-opimis-oil-palm-industry-mechanisation-incentive-scheme

No comments: