Saturday, August 8, 2015

5 biji pau dan 1 handphone

Hari ni aku mula perjalanan ke JB utk minggu kedua bertugas di sini. Selepas 3 jam driving aku singgah utk solat dan minum di RnR Machap. Masa tengah minum ada satu famili dgn 3 org anak duduk di meja depan aku. Tingkah laku sang suami amat menarik perhatian aku.

Aku tengok je gelagat sang suami. Bila anak isteri dia duduk di kerusi, sang suami khusyuk menatap handphone tanpa pandang anak isteri dia keluarkan duit rm10 dari dalam poket baju dan hulur kpd isterinya tanpa pandang isteri tapi masih khusyuk pandang handphone. 

Sang isteri ambil duit dari sang suami terus tarik 3 org anak yg masih kecil pegi beli makanan. Aku tengok kelam kabut sang isteri mana nak pesan pau mana nak kawal anak. Sang suami masih khusyuk tatap handphone tanpa hiraukan isteri dan anak-anak dia.

Bila dah dapat order pau sang isteri tarik pulak 3 orang anak bawa sepinggan pau ke meja di mana sang suami menunggu dgn khusyuk tatap handphone. Bila sampai pau depan mata, sang suami tanpa memandang 3 orang anak, isteri dia dan juga tanpa memandang pingan yg ada pau tapi dgn mata yg masih menatap handphone meraba-raba ambil pau dari dalam pinggan utk makan. Memang hebat sang suami ni dia boleh buat semua benda tanpa memandang tetapi hanya menatap handphone je.

Pada aku sang suami ni bukan menguasai teknologi tapi teknologi yang menguasai dia.

No comments: