Monday, January 19, 2015

Macam mana nak baca dan faham label baja



Sebagai pekebun kita sentiasa bergelumang dengan baja untuk tanaman kita. Tak kiralah sama ada kebun kita tu kecil atau besar.

Bila pergi kedai baja untuk beli baja, tokey kedai akan cadangkan baja yang kononnya sesuai dengan tanaman kita. Tetapi sebenarnya kadang-kadang baja tu sebenarnya tak berapa sesuai dengan keperluan tanaman kita. Tapi dek kerana termakan pujukan tokey kedai kita pun beli. Lepas guna baru kita tau 
sebenarnya baja tu tak sesuai.

Oleh sebab tu, kita kena tau keperluan tanaman kita dan kena tau cara nak baja label kandungan baja yang kita nak beli. Supaya tak rugi duit....orang kata "alah membeli, menang memakai".

Kat sini saya nak kongsi cara nak baca label baja secara ringkas dan mudah....

#1. Ketahui peratusan kandungan komponen utama baja
Umumnya kandungan asas baja tanaman terdiri daripada Nitrogen, phosphorus & Potassium @ Kalium (NPK). Biasanya komposisi komponen ini ditulis seperti 30-10-10, 17-12-30 etc. Label ini bermaksud komponen baja tersebut terdiri daripada 30% Nitrogen, 10% Phosphorus & 10% Potassium @ Kalium.

#2. Ketahui kegunaan setiap komponen yang ada dalam baja.
Nitrogen untuk pertumbuhan pokok.
Phosphorus & Potassium @ Kalium untuk buah, bunga dan akar pokok.
Sekiranya nak suburkan pertumbuhan pokok, cara yang mudah adalah dengan menggunakan baja urea yang kaya dengan unsur nitrogen. Pas tu kalau nak banyakkan, besarkan dan beratkan buah tandan sawit, kena pakai baja yang tinggi kandungan Phosphorus dan Potassium @ Kalium seperti baja SMPF, 30%.

No comments: