Tuesday, March 25, 2014

KELAPA SAWIT TANAH BULAN

Hari ni saya nak kongsi pengalaman sahabat kita En Edi dari Semenyih, pasal ladang sawit di tanah bulan. Pada pertengahan bulan 1 2014 beliau hubungi saya pasal masalah ladang sawit beliau yang hasilnya kurang memuaskan. Beliau kata ladang sawitnya tanah bulan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya tanah bulan tu macam mana. Tanah bulan tu maksudnya tanah pasir.  (Saya ingat beliau ada ladang sawit kat bulan). Memang secara biologinya kelapa sawit kurang sesuai di tanah yang terlalu berpasir. Tapi kalau sikit aje tak pe. 

Berbalik kepada cerita sahabat kita ni, beliau bertanya kepada saya pasal baja SMPF. Saya katakan pada dia setakat ini baja SMPF ni sesuai dengan semua jenis tanah. Walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada keizinan Allah.......

Alhamdulillah.... selepas 2 bulan lebih beliau menggunakan baja SMPF ni, beliau bagi tau saya hasil ladangnya dah meningkat. Berbeza dengan sebelum ni. Dulu beliau tabur baja jenama biasa 2 bulan sekali sebab nak bagi hasil yang baik, tapi tak berjaya. Dengan baja SMPF ni, dah la hanya guna 40g sepokok lepas tu 3 bulan sekali je dah boleh tingkatkan hasil.


No comments: